Siakap Keli

(Video) Anak Bulan Ramadan Tidak Terlihat, Umat Islam Di Brunei Mula Berpuasa Esok

Umat Islam di Brunei akan mula berpuasa esok, Sabtu 25 April 2020. Pengumuman anak bulan Ramadan ini disampaikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Yang Arif Awang Haji Hassan bin Haji Metali.

Menurut beliau, pada 23 April 2020 dilaporkan bahawa anak bulan Ramadan  tidak terbit kelihatan. Maka berdasarkan hukum syarak Ramadan 1441 Hijrah adalah tidak sabit dilihat maka wajib di cukupkan 30 hari.

Ia diputuskan  setelah persidangan dan mendapat kurnia perkenan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Majlis Ugama Islam Brunei Darulsalam memutuskan bahawa awal bulan Ramadan 1441 Hijrah jatuh pada hari Sabtu, 25 April 2020.

Bagi umat Islam di Malaysia telah bermula berpuasa pada hari ini, 24 April 2020.

https://www.youtube.com/watch?feature=youtu.be&v=q-6pyBPg_3E&fbclid=IwAR1BXerewh4x1XW1o4Em2MDBA0Q-zPGB2I3aJwk34PdGUbolWhBzEUEbgpo&app=desktop#menu

 

Sumber: Erikiqbal

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)