Siakap Keli
Gambar: ABC News

“Semuanya Bergantung Pada Sentuhan,” Pandemik Covid-19 Beri Pelbagai Cabaran Kepada Golongan Pekak Dan Buta

Dalam kegawatan pandemik Covid-19 pada ketika ini, bayangkan jika anda terpaksa menghadapinya tanpa boleh mendengar dan melihat dengan jelas.

Menurut ABC News, bagi puluhan ribu orang di Amerika Syarikat yang mempunyai masalah cacat penglihatan dan pendengaran, mereka perlu menghadapi cabaran yang unik dalam kehidupan seharian semenjak berlakunya pandemik Covidd-19.

“Cara kami berkomunikasi dan budaya kami, semuanya bergantung kepada sentuhan.

“Sekarang kami tidak diizinkan untuk menyentuh dan kami harus berlatih menjauhkan diri secara sosial,” kata penyelaras perkhidmatan pekak dan buta untuk negeri North Carolina, Ashley Benton.

Golongan yang mempunyai masalah cacat penglihatan dan pendengaran di Amerika Syarikat bertahan dengan sentuhan seperti isyarat tangan untuk berkomunikasi, mengimbas tanda-tanda awam menggunakan jari untuk bergerak dan berpeluk serta berjabat tangan untuk rasa berhubung.

Menurut seorang lelaki yang pekak dan buta, Jorge Aristizabal, ia merupakan masalah yang besar baginya.

“Syarat untuk menjauhkan diri dari orang lain sebenarnya tidak selamat bagi saya. Sebagai orang buta, saya perlu menyentuh panduan saya,” katanya.

Turut menghadapi nasib yang sama, pelajar tahun pertama di Universiti Gallaudet di Washington, D.C, Philip Wismer, berkata dia tidak pergi ke kampus sejak 18 Mac lalu. Dia hanya keluar dari asrama untuk mendapatkan makanan dan surat.

Gambar: ABC News

“Kadang-kadang saya berasa sunyi. Rakan-rakan saya yang buta sepenuhnya berasa sangat terasing.

“Sangat sukar bagi semua orang terutama bagi golongan pekak dan buta di seluruh negara,” katanya.

Menurut kajian oleh National Consortium on Deaf-Blindness pada tahun 2008, dianggarkan lebih kurang 40,000 orang dewasa Amerika Syarikat yang mengalami masalah penglihatan dan pendengaran.

Sumber: ABC News

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa