Siakap Keli
Gambar: BBC Indonesia

Keluarga Terima Abu Jenazah Pesakit Covid-19 Terkejut Lepas Wanita Disangka Meninggal Hubungi Mereka

Seorang wanita di Ekuador telah dilaporkan meninggal dunia kerana Covid-19 bahkan keluarganya juga telah mendapat kiriman abunya. Namun, selepas itu dia ditemui masih hidup, lapor BBC Indonesia.

Kejadian tersebut berlaku di bandar Guayaquil iaitu pusat penyebaran Covid-19 di Ekuador.

Negara itu mengalami kesan pandemik Covid-19 yang teruk dengan lebih daripada 22,000 kes dan hampir 600 orang dilaporkan telah meninggal dunia.

Gambar Via Google

Menurut laporan media tempatan, El Comercio, kisahnya bermula apabila wanita 74 tahun itu dimasukkan ke hospital bulan lalu dengan demam yang teruk dan sukar untuk bernafas.

Keluarganya telah mendapat maklumat bahawa dia telah meninggal dunia pada 27 Mac lalu. Mereka dibawa ke bilik mayat namun hanya dibenarkan melihat dari jauh kerana bimbang risiko penularan Covid-19.

Anak saudara wanita itu berkata kepada para pegawai hospital bahawa dia menyangkakan bahawa mayat itu adalah ibu saudaranya.

“Saya takut melihat wajahnya. Kedudukan saya satu setengah meter dari mayat tersebut. Rambutnya sama dan warna kulitnya sama,” katanya kepada agensi berita AFP.

Jenazah itu kemudian dibawa untuk dibakar dan abunya dikirim kepada keluarga itu.

Tidak lama selepas kejadian itu, terdapat seorang warga emas  terbangun dari koma iaitu pada 23 April lalu dan dia memberitahu namanya kepada doktor. Dia juga mengingati nombor telefon rumahnya dan meminta pasukan doktor untuk menghubungi adik perempuannya agar menjemputnya.

Keluarganya sangat gembira dengan berita ini namun mereka masih tertanya-tanya abu siapa yang dihantar kepada mereka.

Pihak hospital kemudian pergi ke rumah keluarga wanita itu untuk memohon maaf. Mereka mengatakan  bahawa hospital tersebut dalam keadaan hura-hara kerana peningkatan jumlah pesakit dan kematian akibat virus tersebut.

Gambar Via Google

Keluarga itu mengatakan bahawa mereka mahu pihak berkuasa memberikan wang dan pampasan bagi menggantikan kerugian proses pembakaran mayat.

Sumber: BBC Indonesia

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa