Gambar: Nimelesh/Google

“Makan Sikit Masa Berbuka,” Doktor Kongsi Tips Puasa Untuk Pesakit Gastrik

Gastrik antara masalah sangat lazim dan secara umumnya ia boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis).

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah.

Di bulan Ramadhan ini, mungkin ada yang risau sakit gastrik berpuasa akan memberikan kesan.

Doktor Nimelesh, melalui Twitter miliknya berkongsi ilmu bermanfaat, khusus buat pesakit gastrik.

Sumber: Nimelesh

Adib Mohd

Editor: Nur Farra