Siakap Keli

TERKINI: Satu Kematian Dan 40 Kes Baharu Dicatatkan Hari Ini

Sebanyak 40 kes positif jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di negara ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan 5,820 kes setakat Isnin (27 April 2020), jam 12 tengahari.

Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu Sidang Media Perkembangan COVID-19 Di Malaysia yang berlangsung sebentar tadi.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 1,764 kes aktif telah dikenal pasti di mana 37 kes sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi dan 17 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Manakala dukacita dimaklumkan, terdapat pertambahan satu kes kematian baru  dalam tempoh 24 jam sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang maut seramai 99 orang.

Mangsa daripada kes 4087 merupakan seorang lelaki warga emas berusia 78 tahun dan dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Johor. Beliau mempunyai sejarah penyakit kencing manis, darah tinggi dan strok.

Sumber: Sidang Media KKM

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)