Seorang ayah ialah tulang belakang keluarga yang sanggup melakukan apa sahaja biarpun berpenat lelah serta berhujan panas demi sesuap nasi buat isteri dan anak-anaknya yang tercinta.
Perkara ini telah dibuktikan satu video tular memaparkan seorang lelaki kelihatan tertidur di tepi jalan dipercayai di Indonesia sambil menunggu jualannya dibeli.
Lelaki dikenali sebagai Pak Asmadi dikatakan telah berniaga tilam sejak tahun 1998 lagi. Isterinya di rumah membantunya dengan jualan kerepek di sekolah.
Namun, dek kerana pelaksanaan perintah berkurung, sekolah masih bercuti sehingga sekarang dan jualannya turut terjejas.
Hal ini membuatkan Pak Asmadi terpaksa menjual di luar rumah dengan harapan ada yang ingin membeli tilam-tilamnya.
Sosok tubuhnya yang tertidur sambil menangkup muka ke bawah jelas memperlihatkan bahawa dia sudah lelah seharian menunggu jualannya dibeli.
Mungkin ramai lagi yang senasib Pak Asmadi, semoga dipermudahkan urusan kalian.
Sumber: Sahabat Surga