Graf berkaitan trend kes Covid-19 di negara ini penunjukkan penurunan kes aktif yang konsisten sejak 12 April lalu.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), trend tersebut juga menunjukkan sejak 13 April, kes discaj dan pulih sepenuhnya telah melebihi kes baharu.
Namun, KKM menasihatkan agar semua rakyat terus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana sebarang kemungkinan boleh berlaku.
Setakat Isnin (27 April 2020), negara telah mencatatkan sebanyak 5,820 kes jangkitan Covid-19 dengan 1,764 daripadanya adalah kes aktif.
Sumber: KKM Putrajaya