Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Kalau Ada Tak Terima Bahasa Melayu, Lebih Baik Jangan Duduk Di Malaysia – Agong
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah bahawa sebarang usaha untuk memperkenalkan sistem pendidikan baharu perlu selaras dengan dasar pendidikan kebangsaan.
Selain itu, baginda bertitah, bahasa Melayu mesti menjadi bahasa utama kerana ia adalah bahasa kebangsaaan.
“Oleh itu, sebarang usul untuk mengiktiraf apa juga sistem pendidikan lain mesti menerima Bahasa Melayu dan sejarah Malaysia.
“Kalau ada yang tidak terima Bahasa Melayu, lebih baik jangan duduk di Malaysia,” titah baginda.
Baginda bertitah demikian ketika menyampaikan Titah Diraja pada Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Majlis Parlimen Ke-15 di banguan Parlimen, hari ini.
Dalam pada itu, Seri Paduka Baginda bertitah sistem pendidikan negara perlu terus diperkasa sebagai asas pembinaan bangsa, jati diri dan masa hadapan negara.