Siakap Keli

Cara Mudah & Cepat Buat Pati Susu Kurma Untuk Bersahur

Bulan puasa ini, tekak kita sudah ‘disebatikan’ dengan buah kurma yang dimakan dalam pelbagai keadaan yang berbeza.

Ketika berbuka puasa, kita pasti akan menjamah buah kurma dalam tiga ke empat biji sebelum mula menjamu hidangan lain.

Sama juga dengan minuman berasaskan pati kurma, ia boleh diminum ketika berbuka, moreh, mahupun sahur.

Namun, rasaya lebih mudah jika kita boleh buat pati kurma sendiri dan tidak perlu membelinya di kedai, tambahan pulak sekarang waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bukan?

Seorang pengguna Facebook, Nadiah Latfi berkongsi mengenai cara-cara membuat pati kurma untuk dijadikan stok berbuka puasa, sahur dan sebagainya.

Cara membuat stok pati kurma

Bahan-bahan yang diperlukan;

  1. Buah kurma

Cara membuat;

  1. Buang biji dan basuh buah kurma, tos kan airnya
  2. Kukus buah kurma tadi selama 20 minit
  3. Masukkan ke dalam pengisar dan kisar hingga hancur
  4. Masukkan kisaran kurma tadi ke dalam bekas dan boleh simpan di peti sejuk untuk tahan lama
  5. Untuk buat susu kurma bagi juadah sahur, campurkan dua sudu pati kurma itu bersama susu dan kacau hingga sebati. Boleh juga jika nak campur badam, kismis dan sebagainya.
  6. Siap, sedia untuk diminum.

Sumber: Nadiah Latfi, Petua Ibu

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.