Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

(Video) Permukaan Ais Mula Mencair, Foto Pemandangan ‘Indah’ Tasik Di China Tarik Perhatian

Sebuah tasik glasier di China menyaksikan pemandangan warna biru yang luar biasa setelah suhu musim bunga yang dilaporkan lebih panas perlahan-lahan mencairkan ais di permukannya.

Dikenali sebagai Tasik Jade atau Tasik Yuhu, kawasan yang terletak di Zhaosu County, di wilayah Autonomi Xinjiang Uyghur di Timur laut China itu kini dikunjungi oleh orang ramai.

Gambar:Daily Mail

Beberapa gambar yang  rare menunjukkan permukaan tasik Yuhu itu seperti permukaan kaca dengan warna biru cerah dan turquoise ketika bermulanya pencairan bermusim, lapor Daily Mail.

Tasik dengan altitud tinggi itu berukuran 2,200 meter atau 7, 200 kaki di atas permukaan laut dan membentang sepanjang 10 kilometer atau 6.21 batu serta mempunyai purata kedalaman 90 meter atau 295 kaki.

Gambar:Daily Mail

Menurut portal itu, disebabkan oleh komposisi mineral di dalam tasik,  warnanya sering kali berubah bergantung kepada musim. Namun, warna biru cerah sesekali hanya boleh dilihat pada musim bunga apabila permukaan ais mula mencair.

Gambar: Daily Mail

Lapor media tempatan China, pakar-pakar mengatakan bahawa pemandangan yang rare itu adalah kerana hasil pencairan ais yang lambat serta ‘keheningan’ permukaan air.

Keadaan ini berlaku kerana suhu yang meningkat dengan sederhana ketika musim bunga. Apabila ais mencair dengan sepenuhnya ketika musim panas,  tasik akan menjadi kelihatan telus dan jelas.

Sumber: Daily Mail

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa