Siakap Keli
Gambar Hiasan via Bernama

“Aku Rindu Masakan Mama,” Berharap Dapat Jumpa Keluarga, Luahan ‘Frontliners’ Undang Sebak

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Penularan Covid-19 masih lagi tidak menunjukkan tanda-tanda untuk akan pulih dengan sepenuhnya dalam jangka waktu yang terdekat.

Pastinya, semua petugas barisan hadapan telah memainkan peranan masing-masing dengan baik tanpa mengira penat lelah.

Pelbagai pengorbanan yang perlu mereka lakukan agar dapat berbakti kepada negara. Justeru, orang ramai perlu menghargai jasa yang telah dilakukan oleh mereka.

Menerusi kiriman salah seorang petugas kesihatan di laman Facebook, beliau berkongsi mengenai pengorbanan yang perlu dilalui olehnya dan juga rakan-rakan seperjuangan dalam menangani jangkitan Covid-19.

Sedih tengok kawan-kawan seperjuangan.. Saat Dato Noor Hisham nak buat pengumuman pasal status covid-19 negara kita, mereka lah yang paling tertunggu-tunggu depan screen fon masing-masing.. Mengharapkan ada keajaiban, ada sinar harapan bahawa mereka akan dapat jumpa family masing-masing nanti..

Bila angka tersebut turun bawah 100, bawah 50, riang di wajah mereka memang tak dapat nak diungkap.. Terbayang-bayang muka suami yang jauh (ada yang pjj), muka anak-anak yang jauh (dorang letak anak-anak kat kg sebab takut dorang bawak infection kat anak2 tambahan lagi pengasuh pulak takda), mak ayah yang jauh (even family dari klang pun, dorang tak boleh nak jumpa) semua tidak putus2 mengungkapkan perkataan RINDU yang tak henti2..

Aku dapat rasa dorang punya mental koyak, emosi dorang terganggu bila semua nie tak selesai lagi.. Kawan-kawan di tempat kerja lah tempat dorang lepaskan stress, isi kekosongan bila dorang rindukan suami, mak ayah, anak2 kat kampung..

Yang paling sedih, ada sorang kawan aku nie orang SABAHAN masa kitaorang semua tengah berbuka puasa

“Aku rindu masakan Mama ku..”

Aku sebak dengar..aku tahu perasaan dia.. Walaupun mama aku duduk dekat dengan aku, bila masa berbuka tak dapat berbuka sama pun aku dah sedih.. Terbayang2 apa lah yang mama aku masak hari nie.. Umm.. Nie apatah lagi yang duduk jauh2 dengan mak ayah.. Aku memang tak boleh hadam benda nie.. 😢😭😭..

Ada lagi sorang tuh, husband dia jauh dari dia.. Sorang kerja dekat johor, dia stay sini.. Satu hari tuh, husband dia bagi hadiah tudung kat dia, abg posmen yang hantar.. Boleh kata tiap kali aku jumpa dia, mesti dia pakai tudung tuh.. Muka dia ceria je, tapi dalam hati dia?? Aku yang laki dok depan mata pon, kalau jauh kejap pon dah tak tenteram.. Fikir macam2.. Apatah lagi dia 😢😢😭😭

Part nie yang aku lagi langsung tak boleh nak hadam bila ada yang terpaksa jauh dengan anak2.. Tiap2 hari update status rindu anak.. Setiap kali kalau ada masa terluang, aku selalu nampak dia video call dengan anak dia.. Anak dia kecik lagi. Dalam setahun lebih.. Tak tahu apa.. Cuma setiap kali dia nampak ibu dia, hanya mampu tersengih2 depan screen fon.. Nak dipeluk tak dapat, nak dicium, tak dapat.. Sebelum tidur dia akan update dia rindu kat anak.. 😢😢😔😭.. Aku pon yang anak2 depan mata nie pon, setiap kali kerja pon aku teringat2 kat anak, tak sabar nak jumpa anak2 bila balik kerja.. Nie kan pulak dia.. Kesiannya Ya Allah.. 😭😢😭

Awak semua yang ada peluang duduk rumah, jumpa suami selalu depan mata, boleh tengok anak2 lebih dekat depan mata, mak ayah ada depan mata, tolong hargai masa nie.. Kawan2 saya dah penat.. Kesian kat dorang.. Dorang pun manusia yang ada perasaan sama macam awk semua..

Tolong.. Tolong.. Tolong..

Bila keluar pakai topeng muka..

Nak pergi mana2 kalau nampak orang dah ramai sangat, tunggu dulu, balik lah dulu.. Nanti datang balik bila orang dah sikit..

Kerap cuci tangan, pakai hand sanitizer bila nak sentuh sesuatu..

Mandi, tukar baju bila balik ke rumah selepas keluar..

Tolong bantu kawan2 saya.. Tolong bantu frontliners negara kita.. 😔Mereka penat.. Kami tahu kami takda pilihan sebab nie sudah pilihan kerja kami.. Tapi sebagai manusia yang Allah bagi akal, hati, dan perasaan, takkan lah awak semua tak boleh langsung untuk hadirkan perasaan kesian itu pada kami.?? . 😢😢

Macam2 kerajaan dah buat untuk sama2 kita menang.. Bantu lah kerajaan juga untuk pastikan kita menang.. Bantuan awak semua satu pertolongan yang besar UNTUK BERDISIPLIN dan patuh setiap arahan kementerian kesihatan.. Jangan penting kan diri…. 😔😭😔😭

Kami merayu…….

#RakyatMalaysiaBoleh
#KitaMestiMenang
#AllahAda
#TolongBantuKami

Sumber: Facebook

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa