Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

"Hari Ini Hari Jadi Mama & Hari Ini Juga Dapat Berita Abah Meninggal" - Cik B

cik b
Kredit: Instagram Cik B

Bapa kepada Nur Edlynn Zamilleen atau lebih dikenali sebagai Cik B meninggal dunia pada Sabtu.

Berita duka mengenai pemergian Mohd Amin Yasin itu dimaklumkan sendiri oleh Cik B menerusi Instagram Story dan Threads miliknya.

“Hari ini hari jadi Mama dan hari ini juga Cik B dapat berita yang Abah dah meninggal dunia.

“Sejujurnya, Cik B tak tahu apa yang patut CikB rasa. Hari yang sepatutnya dipenuhi dengan kegembiraan, tetapi sebaliknya CikB sedang berduka. Al-Fatihah,” katanya di Threads.

Untuk rekod, Mohd Amin pernah mendirikan rumah tangga bersama usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida pada tahun 2000, namun perkahwinan mereka berakhir dengan perceraian pada 2008.

Hasil perkahwinan itu, pasangan berkenaan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Muhammad Eddie Zuhdie, Muhammad Edrie Zikrie, Nur Edlynn Zamilleen dan Muhammad Eric Zaquan.

Bagaimanapun, dua anak mereka, Muhammad Eddie Zuhdie dan Muhammad Edrie Zikrie yang masing-masing berusia 11 dan 10 tahun, terkorban dalam kebakaran di kediaman Vida di Meru Hill, Ipoh pada 2013, hanya tiga hari sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Salam takziah untuk seluruh keluarga Allahyarham, semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Sumber:Threads
Intipati
  • Cik B memaklumkan bapanya, Mohd Amin Yasin, meninggal dunia pada Sabtu.
  • Berita pemergian itu dikongsi Cik B menerusi Instagram Story dan Threads miliknya.
  • Mohd Amin pernah berkahwin dengan Datuk Seri Vida sebelum bercerai pada 2008.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan