Siakap Keli
Gambar: BERNAMA

TERKINI: 83 Operasi Sanitasi Awam Meliputi 33 Zon Merah Dan Kuning Di 7 Buah Negeri – Ismail Sabri

Menerusi sidang media perkembangan terkini berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)  oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, beliau memberitahu sebanyak 83 operasi sanitasi awam meliputi 33 zon merah dan kuning di 7 buah negeri yang telah pun dilaksanakan semalam.

Ianya termasuk 34 operasi di Johor dan 18 operasi di Sabah.

“Sehingga kini operasi sanitasi telah merangkumi 2,901 bangunan kerajaan, 2,019 tempat awam, 2,211 pusat perniagaan, 1532 kawasan perumahan termasuk PPR dan 312 pasar raya,” kata Datuk Seri Ismail Sabri.

Sumber: BERNAMA TV

Adib Mohd

Nur Farra