Siakap Keli

Dakwa Virus Covid-19 Berasal Dari Makmal Di China, Trumph Akan Dedah Laporan Terperinci

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trumph, mendesak kerajaan China untuk bersikap telus mengenai asal-usul wabak Covid-19 yang telah menjangkiti hampir seluruh negara di dunia sejak ia bermula di bandar Wuhan akhir tahun lalu.

Setiausaha Negara, Mike Pompeo berkata, terdapat ‘sejumlah besar bukti’ bahawa virus itu sebenarnya muncul dari makmal di China.

Namun, makmal milik kerajaan China, Institut Virologi Wuhan telah menepis tuduhan tersebut yang dikatakan tidak berasas.

Walau bagaimanapun, sebilangan pakar pula percaya virus tersebut berasal dari pasar di Wuhan yang menjual hidupan liar dan menjangkiti dari haiwan ke manusia.

Menurut Trumph, AS akan mendedahkan laporan yang memperincikan asal-usul Covid-19 tetapi tidak memberikan jangkaan bila laporan tersebut akan dikeluarkan.

”Kami pasti akan melaporkannya dalam jangka waktu tertentu,” kata Trumph.

Beliau pada awal mengenai penyebaran wabak ini telah memuji China, kemudiannya telah menyalahkan Beijing di atas penularan virus itu, mengatakan bahawa di masih belum berbicara dengan Presiden China, Xi Jinping, mengenai isu ini.

”Kami mahu mereka bersikap telus, kami ingin mengetahui apa yang berlaku supaya ianya tidak akan berlaku lagi,” kata Trumph.

Ketika ditanya pada Khamis, adakah beliau telah melihat bukti yang memberikannya ‘keyakinan tinggi’ bahawa virus tersebut sememangnya berasal daripada Institut Virologi Wuhan, Trumph menjawab dia telah melihat tanpa memberikan keterangan yang jelas, seperti memetik laporan CNA.

Sumber: CNA

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)