Siakap Keli
Gambar Hiasan via Google

“Harap Anak Aku Tak Dengar…,” Wanita Hamil 6 Bulan Luah Rasa Penat Dakwa Sering Dimaki Suami

Setiap orang pasti mengimpikan rumahtangga dan pasangan yang sempurna namun realitinya sangat perit untuk diterima.

Pelbagai perkara yang tidak terjangka yang selama ini tidak pernah dilihat pada pasangan akan berlaku apabila memasuki alam perkahwinan.

Setiap pasangan seharusnya lebih peka dan bertolak ansur terhadap satu sama lain agar hubungan akan lebih harmoni.

Tidak seperti yang dialami oleh wanita ini yang sudah penat dengan sikap suaminya yang panas baran. Melalui kiriman di Kisah Rumah Tangga, wanita tersebut yang juga hamil enam bulan sering dimarahi oleh suami kerana kesalahan kecil.

Lagi sejam nak berbuka, aku gaduh dengan suami aku min. Aku tengah mengandung 6 bulan sekarang. Penat baru balik kerja, sambung masak. Entah macam mana pinggan yang aku pegang terlucut dari tangan dan pecah. Marah laki aku min. Dia cakap aku anjing anjing, suka menyusahkan hidup dia. Eh, laki aku baik min. Cuma kadang2 je angin tak elok dia tak boleh kawal marah dia. Mulut tu selalu je sebut benda tak sepatutnya. Tapi aku macam sedih sikit. Hahaa tak, aku tipu je. Sebenarnya sedih banyak dan rasa down sangat2. Penat bawak anak, penat kerja, penat jugak kena maki. Hahaha. Saja nak luahkan perasaan kat sini bila kena tunding jari betul2 depan muka, lepastu kena panggil anjing  terus aku gosok perut harap2 anak aku tak dengar la bapak dia marah2. Doakan aku kuat lagi lebih kurang 3 bulan nak beranak ni.

Berdasarkan kisah ini, suami isteri perlulah memahami pasangan masing-masing terutamanya dalam keadaan yang penat. Semoga kisah tersebut dapat dijadikan pengajaran bagi semua.

Sumber: Kisah Rumah Tangga

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa