Siakap Keli

Hilang 46kg Buat Diet ‘Eat Clean’, Gadis Kongsi Resepi Sedap Guna Air Fryer

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Air Fryer sebenarnya mempunyai banyak manfaatnya terutamanya kepada penggemar makanan bergoreng tetapi ingin menjaga kesihatan kerana alat ini sesuai untuk menggoreng tanpa menggunakan minyak.

Memiliki perkakas ini pastinya memudahkan orang ramai yang jarang masuk ke dapur kerana ianya memudahkan proses memasak dan menjimatkan masa tanpa perlu menggunakan minyak masak untuk menggoreng, membakar dan sebagainya.

Terbaru, seorang wanita iaitu Erina Haura berkongsi di akaun Facebook mengenai resepi yang hanya menggunakan Air Fryer tanpa perlu renyah di dapur.

Menurutnya, dia ingin mengubah cara pengambilan pemakanannya yang dari kecil menghidap obesiti fasa ketiga. Setahun dia sudah mempraktikkan pemakanan yang sihat hasilnya amat memuaskan. Air Fryer banyak membantu dalam membuat makanan yang sihat dan sedap. Selamat mencuba.

Hai semua…saya fatin, saya membeli air Fryer dengan tujuan utk ubah lifestyle saya…saya seorang Yang obes dari kecik, obesiti fasa 3..sudah setahun lebih saya buat diet eatclean, suku2 separuh, tak makan makanan yg bergoreng dengan berminyak,kurangkan garam Dan terus potong gula dalam pemakanan saya.. Dan senaman..alhamdullilah,dari berat saya 92kg-46kg sekarang dalam masa setahun lebih. so,disini..memang air Fryer sangat membantu saya . .saya dapat makan yg sedap2 Dan sihat๐Ÿ˜‹so izinkan saya share menu2 diet saya menggunakan af boleh? Biasa nya saya hanya aktif di Instagram sahaja..harini saya teringin berbuka menu yg manis2..macam kek. Sebenarnya kek makanan kegemaran saya dari kecik.. Hehee sebab tu montel๐Ÿ˜ฌ..sekarang jarang2 sekali makan kek. Tapi boleh makan kek sihat… Harini saya buat muffin pisang af..

Bahan2ย ๐Ÿ’•
Pisang berangan 2 bijik (dilecek)
Rolled oat segenggam(oat yg sangat sesuai utk diet)
Esen vanilla sikit
almond milk 5 sudu besar
Cara cara gaul semua sekali..
Masukkan dalam cup, atas saya taburkan coklat sikit..( Coklat sihat saya beli di instagram)..
Bakar suhu 170 15 minit..
Kalau nak lagi garing boleh adjust lagi masa..

Selamat berbuka๐Ÿ’•
Keep healthy, keep fit๐Ÿ’•

Sumber: Erina Haura

Aina

Betulkan Yang Biasa , Biasakan Yang Betul

Nur Farra