Siakap Keli
Gambar: Bernama

Kedai Gunting Rambut Masih Belum Dibenarkan Beroperasi – KKM

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih lagi tidak membenarkan kedai gunting rambut di Malaysia beroperasi semula kerana terdapat kes jangkitan Covid-19 di negara Jepun dan Amerika Syarikat yang membabitkan mereka yang menggunting rambut.

Menerusi sidang media laporan harian Covid-19, Dr Noor Hisham menyatakan bahawa kedua-dua negara ini telah melaporkan jangkitan virus Covid-19 dalam kalangan mereka yang menggunting rambut.

Susulan daripada itu, KKM dilaporkan akan memantau dengan teliti berkenaan perkara ini sebelum boleh membenarkan secara berperingkat untuk sektor ini beroperasi dalam masa yang terdekat.

Sumber: KKM

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa