Siakap Keli

Syurga Makanan Di Hujung Jari, Grab Tawar 900 Restoran Untuk Korang Pilih

Tahun ini mungkin menjadi pengalaman pertama, majoriti daripada kita berpuasa tanpa menjejakkan kaki walau sekali ke bazar Ramadan. 

Mata pula dah mula terbayang roti john, nasi kerabu, ayam golek dan bermacam lagi juadah favourite masing-masing tiap kali berkunjung ke bazar. Aduh!

Kredit gambar: Bernama

Walaupun bazar Ramadan secara fizikalnya dah dibatalkan, korang masih boleh beli juadah berbuka puasa wajib korang di aplikasi Grab, dari rumah je. 

Paling penting, kesemua servis diorang ni lebih jimat dan dah tentu selamat. Dalam masa yang sama dapatlah juga membantu restoran kecil dan sederhana yang struggle masa PKP ni #KitaJagaKita. Meh saya kongsi caranya!

1. Grab e-Kitchen Bazar (Selangor)

Grab e-Kitchen merupakan inisiatif Grab bersama Kerajaan Negeri Selangor untuk membantu peniaga tempatan meniaga juadah berbuka puasa kepada pelanggan secara online.

Kalau korang craving ayam percik, roti john, nasi tomato dan banyak lagi, boleh je pesan semua ni dalam 1 kali order dan delivery saja dari lokasi e-Kitchen berhampiran anda! 

Paling penting sambil korang membeli tu, dapat juga tolong peniaga-peniaga bazar yang tengah struggle time macam ni kan? 

Kredit gambar: Vision KL

10 lokasi e-Kitchen Bazar di seluruh Selangor adalah seperti berikut:

  1. Damansara TTDI
  2. Ampang
  3. Bangi
  4. Puchong
  5. Semenyih
  6. Petaling Jaya
  7. Subang Jaya
  8. Seri Kembangan
  9. Klang
  10. Sepang

(Lokasi mungkin bertambah so korang boleh tengok latest info dekat sini)

Antara makanan yang dijual seperti Antasia Kambing Golek, Nasi Kukus Ayam Dara Meletop, Roti John Abang Manis, kuih-muih dari Azrad Catering, Nasi Kerabu Kak Wan dan bermacam pilihan lagi yang buatkan korang terliur!

Waktu operasi dari jam 2.30 petang hingga 6 petang, terhad di Lembah Klang Selangor sahaja. Jangan lupa untuk order awal sebelum jam 5 petang supaya abang rider pon sempat balik berbuka nanti.

Kredit gambar: FB Antasia Kambing Golek
Kredit gambar: kopifolks.com
Kredit gambar: Asian Inspirations

2. GrabFood Ramadan Favourites

Hah.. tak cukup dengan menu e-Kitchen Bazar?  Korang boleh pilih daripada 900 restoran di GrabFood yang menyajikan juadah berbuka kegemaran, cari je kategori ‘Ramadan Favourites’. Fuhh rambang mata tengok pelbagai jenis makanan yang sedia ada!

Antara restoran yang korang boleh pilih seperti Teochew Chendul, PappaRich, The Chicken Rice Shop, Hayaki, Tetangga Kita dan bermacam lagi.

Kredit gambar: Tetangga Kita
Kredit gambar: Penang Road Famous Teochew Chendul
Kredit Gambar : PappaRich

3. GrabExpress Ramadan

Menerusi GrabExpress Ramadan, korang boleh memesan pelbagai pilihan makanan dari peniaga dari rumah atau ‘home-based sellers’. Peniaga tersebut akan menggunakan servis GrabExpress untuk menghantar makanan atau produk mereka kepada korang.

Pada masa yang sama, korang boleh membantu menyokong peniaga-peniaga kecil untuk mendapatkan pendapatan. #KitaJagaKita kan!

Dari makanan kampung, barat, dessert, kuih raya hingga ke resipi viral semuanya ada dijual. Korang hanya pesan dan tunggu GrabExpress Ramadan hantar ke depan pintu rumah!

Antara pelbagai pilihan makanan seperti Tauhu Bergedil Kebaboom, Nasi Kerabu Kak Ar kelate, kek sarang semut dan kek gula hangus dari Kekmolek, dadih susu, coklat dan karamel dari Pak Syed Desserts, satay dan ketupat dari Rahmat Satay & Katering serta bermacam lagi untuk menyempurnakan juadah Ramadan di rumah anda!

Caranya senang sahaja, buka aplikasi Grab dan tekan pada kad ‘GrabExpress Ramadan’ di laman utama untuk melihat pilihan makanan dan minuman.

Kredit Gambar : KL Foodie
Kredit gambar: Christineabroad.com/Shutterstock
Kredit Gambar : EH/Shutterstock

Menurut info, bermula 13 April, korang juga boleh menggunakan GrabExpress bagi menghantar apa sahaja barangan menggunakan kereta atau motosikal (bergantung pada saiz dan berat pakej) di 26 buah bandar di seluruh negara.

Hmm, ada yang tinggal berdekatan dengan rumah ibu bapa tapi tidak dapat pulang kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)? Apa kata korang masak dan hantar guna GrabExpress, pasti ibu bapa tersenyum makan masakan korang!

#DekatkanYangJauhDenganGrab semuanya tidak mustahil!

Duduk di rumah dan pesan makanan berbuka dengan Grab sekarang!

Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan berada di rumah masing-masing bersama keluarga tersayang. Pesan je makanan kegemaran bazar Ramadan menerusi Grab, menjimatkan masa dengan pelbagai pilihan menu sudah tersedia.

Tapi ingat, apabila menerima pesanan daripada Grab, Guna je ‘GrabChat’ untuk bagitau rider di mana patut mereka tempatkan pesanan anda (contohnya di kaunter lobi, gantung di pintu rumah dan sebagainya) bagi mengelakkan kontak secara terus dengan rider.

Jangan lupa simpan makanan korang di peti sejuk bagi mengekalkan kesegaran makanan dan panaskan sebelum makan! Jom rakyat Malaysia, kita hidupkan semangat Ramadan di rumah sambil menyokong perniagaan kecil dan usahawan mikro dari Grab. 

Sebarang maklumat lanjut tentang alternatif yang disediakan Grab sepanjang Ramadan dan Raya ini, layari laman sesawang Grab atau like sahaja Page GrabFood di Facebook bagi mendapatkan update terkini. 

Selamat menjamu selera dan selamat berpuasa guys!

#DekatkanYangJauhDenganGrab  #RideItOutBersama #GrabMY #GrabFoodMY #GrabExpressMY #KitaJagaKita #GrabRayaDeals

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.