Siakap Keli

“Jangan Terus Tidur Lepas Subuh,” Ini 10 Tips Elakkan Rasa ‘Lemau’ Di Bulan Ramadan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kita yang kita alami sekarang, Ramadan pada tahun ini sangat bermakna tatkala jatuh pada musim Perintah Kawalan Pergerakan kerana ia memberi hikmah yang besar kepada umat Islam terutamanya yang berada di rumah.

Gunalah peluang ini untuk anda bersama keluarga tercinta, untuk mengeratkan hubungan seisi keluarga. Namun, ada satu perkara yang menghalang boleh dikatakan semua orang iaitu rasa diri tidak produktif dan lemah ketika menjalani ibadah puasa.

Jadi, untuk mengatasi masalah ini, seorang lelaki telah berkongsi 10 Tips menarik untuk kekal bertenaga sepanjang bulan Ramadan. Tips ini telah mendapat sebanyak 7.9 ribu ulang kicau dan 9.7 ribu tanda suka di laman Twitternya, Inche Gabbana. Hari ini SK ingin berkongsi kepada korang semua.

Tips untuk kekal produktif di bulan Ramadhan:

1. Jangan terus tidur selepas solat Subuh. Anda akan rasa ‘sebu’ lepas bangun dan ia akan buat anda kepenatan sepanjang hari.

2. Jangan bertangguh buat kerja-kerja rumah seperti mengvakum, mengemop dan sebagainya. Buat ketika masih bertenaga di waktu pagi. Tunggu tengah hari/petang baru nak buat, alamatnya esoklah baru buat.

3. Jangan overwork untuk poin (2) sebab nanti anda akan terbungkang keletihan sepanjang hari 

4. Isilah masa-masa kosong yang ada dengan bacaan al-Quran. Jangan biarkan ia berlalu begitu sahaja atau dengan aktiviti yg tidak berfaedah.

5.Carilah masa untuk qailulah (nap) sebentar sebelum atau selepas zuhur utk kekal bertenaga sepanjang hari. Tidur 2-3 jam itu bukan qailulah ya.

6. Jika terlalu letih untuk berterawih, boleh tidur dahulu selepas Isyak dan bangun awal untuk berterawih. Anda akan dapati anda lebih bertenaga dan segar ketika itu.

7. Berbuka dan bersahurlah dengan makanan yang berkhasiat dan yang boleh membekalkan tenaga. Elakkan memakan makanan ringan atau terlalu banyak makan!

8. Carilah aktiviti untuk mengelakkan anda asyik berfikir tentang nak makan apa semasa berbuka nanti. Ia juga dapat mengelakkan anda daripada penat tak pasal-pasal!

9. Dalam 15-30 min sebelum berbuka, luangkan masa untuk membaca al-Quran, hadith atau berzikir. Janganlah terlalu disibukkan dengan persediaan juadah berbuka. Luangkan 5 min sebelum berbuka untuk berdoa kerana doa ketika itu sangat mustajab!

10. Berterawihlah dalam mood ‘slow and steady’ dan tak perlu terkocoh-kocoh untuk menyudahkannya. Mksd terawih itu sendiri adalah istirehat!

Jadi, tidak ada alasan untuk korang letih dan lemah sepanjang bulan Ramadan ni kan.

 

Sumber: Inche Gabbana

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang