Sebagai ibu bapa yang baru sahaja menimang cahaya mata, pasti kita tak sabar melihat perkembangan mereka membesar. Setiap hari pasti ada sahaja benda baru yang kita lihat.
Pun begitu, terkadang kita melihat anak orang lain lebih cepat tumbesarannya. Mungkin ada yang boleh berjalan dulu dan tumbuh gigi dulu.
Mengapakah ianya terjadi?
Menurut penjelasan Dr. Mohammad Iqbal, bayi sejak lahir lagi sudah mempunyai gigi cuma masih belum keluar.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pertumbuhan gigi bayi, berikut penjelasan Dr. Mohammad Iqbal.
Di antara soalan yg kerap ditanya saya ialah, Kenapa baby saya tak ada gigi lagi.
Sebenarnya baby bila lahir gigi dah ada cuma belum keluar.
Kalau Xray ni la nampak nya.@MedTweetMYHQ pic.twitter.com/eASrOyltwk
— Dr Mohammad Iqbal (@DrIqbalSarwar) May 5, 2020
On average baby dapat their first tooth around 6 months of age. Sometimes lebih awal. TETAPI kadang2 lebih lambat.
Ada baby umur 12 – 14 months baru tubuh gigi… Ini normal.
Jangan risau. pic.twitter.com/Q9ew6gPjNY
— Dr Mohammad Iqbal (@DrIqbalSarwar) May 5, 2020
Bila gigi tumbuh kadang2 baby meragam. Ini normal. Ada yg demam sikit. TETAPI tak la demam teruk.
Demam teething tak tinggi. Selalunya 37.5 to 38C saje.
Kalau demam tinggi >38C tu benda lain. Mungkin infection. Don't blame teething
Ruam around mulut pun normal.
Air liur ++ pic.twitter.com/UOOuz3576M— Dr Mohammad Iqbal (@DrIqbalSarwar) May 5, 2020
Kalau baby meragam pasal nak tumbuh gigi ada a few things yg boleh membantu.
1. Teething gel. Sapu gel on the gums.
2. Tether. Baby gigit for relief.
3. Ubat paracetamol.
4. Massage baby's gums pic.twitter.com/uUOkgjh7lZ— Dr Mohammad Iqbal (@DrIqbalSarwar) May 5, 2020
Sumber: Dr. Mohammad Iqbal