Siakap Keli

(Video) Ribut Pasir Dahsyat ‘Serang’ Ibu Kota Niger, Langit Bertukar Oren

Dikala seluruh dunia sedang menghadapi wabak COVID-19 yang semakin menular, tidak dinafikan ada juga dugaan lain yang hadir.

Baru-baru ini, ibu kota Niger iaitu Niamey dilanda ribut pasir yang tebal sehingga membuatkan penduduknya berada dalam ketakutan. Kejadian menakutkan tersebut berlaku pada hari Isnin yang lepas.

Melalui video yang dikongsikan Reuters di Twitter, keadaan tersebut dikatakan ibarat sebuah dinding pasir yang tebal sedang melanda Niamey.

Media tempatan melaporkan kejadian tersebut berlaku pada jam 2 petang. Kejadian ribut pasir itu juga dikongsi oleh beberapa pengguna Twitter yang turut berada di sana semasa ribut itu melanda.

Menurut beberapa orang pengguna Twitter, kejadian tersebut dikatakan telah menyebabkan langit bertukar menjadi warna oren ataupun merah.

Menurut Hindustan Times, ribut tersebut bukanlah pemandangan luar biasa di Niger. Negara tersebut terkenal dengan ribut pasir yang sering membawa pasir Sahara ke seluruh negara itu. Ia biasanya berlaku di antara Januari hingga April dan dikenali sebagai musim “Harmattan”.

Sumber: Reuters, Hindustan Times, Fox News

Adib Mohd

Nur Farra