Siakap Keli

Liga Perdana Inggeris Dibenarkan Bersambung Semula Bermula 1 Jun 2020 Dalam Stadium Tertutup – Kerajaan UK

Liga Perdana Inggeris telah diberi ‘lampu hijau’ untuk menyambung musim liga yang tertunggak dalam stadium tertutup bermula 1 Jun oleh kerajaan United Kingdom seperti yang diumumkan pada Isnin.

Perdana Menteri UK, Boris Johnson, telah menyusun langkah-langkah untuk mengurangkan larangan perintah berkurung sewaktu krisis Covid-19 pada Ahad dengan laporan penuh mengenainya telah dikeluarkan.

Dokumen setebal 50 halaman itu merangkumi ”membenarkan acara kebudayaan dan sukan berlangsung dengan pintu tertutup untuk disiarkan, sambil mengelakkan risiko hubungan sosial berskala besar,” tetapi ini tidak dapat dilangsungkan sebelum 1 Jun.

Walau bagaimanapun, tidak ada penonton yang dibenarkan sewaktu Liga Perdana berlangsung dengan 20 kelab liga ditetapkan untuk mengundi  sama ada mahu menyambung liga musim ini dalam beberapa hari.

Terdahulu, liga terutama Inggeris telah ditangguhkan sejak 13 Mac dan belum dinyatakan bagaimana musim 2019-20 akan bermula.

Sebanyak 92 perlawanan Liga Perdana harus dimainkan, dengan kelab kini kembali berlatih di tempat latihan dengan mematuhi garis panduan penjarakan sosial yang dikuatkuasakan oleh kerajaan.

Kehadiran peminat di stadium bola sepak ”mungkin hanya dapat dilakukan sepenuhnya bergantung kepada pengurangan jumlah jangkitan,” kata laporan tersebut.

”Beberapa stadium, mengikut reka bentuk, sesak dan membawa kepada kesukaran untuk melakukan penjarakan mungkin masih belum dapat dibuka dengan selamat ketika ini, atau mungkin hanya dapat dibuka dengan selamat pada sebahagian sahaja.”

Liga Perdana dan liga-liga teratas lain di seluruh Eropah mempunyai masa sehingga 25 Mei untuk menjelaskan kepada UEFA rancangan terperinci mereka untuk memulakan perlawanan semula bola sepak.

Bundesliga akan menjadi liga bola sepak utama pertama di Eropah yang akan disambung semula semasa wabak Covid-19 di mana ianya akan bermula pada hujung minggu ini.

Sumber: ESPN

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.