Siakap Keli

Gara-Gara Disuruh Keluar Sebab Tak Pakai ‘Mask’, Dua Lelaki Serang Pengawal Sampai Patah Tangan

Dua orang lelaki ditahan setelah menyebabkan pergaduhan di sebuah kedai serbaneka sehingga menyebabkan sorang pengawal keselamatan patah tangan.

Jabatan Polis di Los Angeles memberitahu bahawa insiden itu berlaku apabila kedua-dua suspek ditegur tidak memakai topeng muka dan tidak mengikut penjarakan yang ditetapkan.

Kedua-dua lelaki itu kemudian disuruh keluar daripada pasaraya itu namun sebaik sampai di pintu, salah seorang suspek tiba-tiba berpusing dan menumbuk mangsa sehingga menyebabkan dia jatuh ke lantai.

Suspek dikatakan golongan gelandangan. Namun, kejadian itu telah menyebabkan mereka didenda ikat jamin $50,000.

Datuk Bandar Los Angeles sebelum ini mengarahkan setiap penduduknya memakai topeng muka di tempat awam sejak 15 April lalu. Setakat semalam, negara itu merekodkan lebih 67,000 positif kes COVID-19 dengan jumlah kematian sebanyak 2,718.

Sumber: Daily Mail

Nur Farra