Siakap Keli

Sakit Hati Dengar Berita Anak Dirogol, Lelaki Didakwa Nekad Bunuh Ibu Bapa Kepada Individu Disyaki Perogol

Sepasang suami isteri berusia 67 dan 59 tahun telah dilaporkan dibunuh oleh jirannya menggunakan sebatang besi.

Menurut Kompas TV, kejadian pembunuhan itu berlaku pada hari Ahad (10/5/2020) sekitar jam 21.00 di rumah sewa mangsa yang terletak di Kampung Rawa Bebek, Desa Kota Baru, Bekasi, Jawa Barat.

Pembunuhan tersebut didakwa berlaku kerana suspek berasa sakit hati mendapat berita bahawa anak perempuannya dirogol oleh anak pasangan suami isteri yang menjadi mangsa pembunuhan itu.

Ketua Polis Metro Bekasi, Senior Asisten Komisioner Pol Wijonarko, berkata bahawa suspek tinggal berdekatan dengan dua pasangan tersebut.

Ketika mendapat berita bahawa anaknya telah dirogol, dia segera bergegas ke rumah mangsa ketika mangsa sedang tidur.

Semasa melakukan jenayah tersebut, suspek didakwa telah bertindak mematikan suis elektrik terlebih dahulu sebelum memukul kepala mangsa berulang kali menggunakan sebatang besi yang dibawa bersama.

“Akibat daripada kejadian itu, suami pasangan tersebut telah mengalami cedera parah dan 15 minit kemudian isterinya pula dilaporkan telah meninggal dunia setelah tiba di hospital. Tanggal 11/5/2020 (Isnin) pula, si suami dilaporkan meninggal dunia pada jam 13.00 waktu tempatan,” kata Wijonarko di Bekasi, Jawa Barat (11/5/2020).

Dalam pada itu, suspek yang hadir dalam sidang media mengulas berkenaan kejadian itu dan menyatakan bahawa, dia mengaku bahawa dia nekad membunuh kedua-dua mangsa kerana terlalu sakit hati mengetahui anak perempuannya telah dirogol oleh anak pasangan tersebut.

Menurut Kompas TV, suspek telah melakukan pembunuhan itu kerana ada menyimpan dendam terhadap keluarga tersebut sebelum ini.

Dalam sidang media, suspek telah mendakwa bahawa isterinya sering diganggu oleh suami daripada pasangan mangsa tersebut. Disebabkan itu, perasaan dendamnya terhadap keluarga mangsa semakin meningkat.

Sementara itu, pegawai polis bernama Komisaris Arman menyimpulkan bahawa tindakan yang dilakukan oleh suspek akan disiasat di bawah akta jenayah pembunuhan yang dirancang.

Oleh yang demikian, suspek bakal berhadapan dengan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau seumur hidup kerana melanggar Artikel 340 Kanun Jenayah.

“Kesalahan pembunuhan terancang itu sudah jelas terjadi, jadi kes itulah yang kami akan utamakan. Walaupun suspek menyatakan bahawa pembunuhan itu dilakukan kerana kes rogol, namun cara yang diguna pakai untuk menyelesaikan kes tersebut bukanlah suatu cara yang betul,” kata Arman.

Pun begitu, Arman berkata, pihak polis masih akan meneruskan siasatan terhadap dakwaan jenayah lain, termasuk pengakuan suspek yang menyatakan bahawa anaknya telah dirogol oleh anak mangsa.

Sekiranya dakwaan itu dapat dibuktikan, pihak polis akan membuka kertas siasatan untuk menyiasat berkenaan kes rogol tersebut.

Sumber: Kompas TV

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa