Siakap Keli
Gambar: Mirror UK

Wajah Jururawat Dilapor Terbakar Lepas Pakai Penutup Muka Mempunyai Bahan Peluntur

Seorang jururawat menghadapi keadaan serius apabila diberikan PPE yang mempunyai bahan kimia di hospital untuk merawat pesakit Covid-19 di Rusia.

Olga Ovinnikova mengalami kesan luka terbakar bahan kimia pada mukanya selepas memakai pelitup muka yang dilunturkan.

Gambar: Mirror Uk

Dia bekerja di hospital Karabanovo Town di mana setiap pekerja perlu memakai pelitup muka yang sama berulang kali kerana kekurangan PPE, lapor media tempatan.

Sebelum digunakan, pelitup muka tersebut didakwa telah dilunturkan dengan asas klorin terlebih dahulu.

Menurut Olga, kulitnya rosak kerana bahan kimia yang beracun yang masih ada pada pelitup muka tersebut selepas disinfeksi.

“Pelitup muka dan pakaian hazmat telah dibasuh dengan peluntur berasaskan klorin dan diberikan kepada staff hospital untuk kegunaan selanjutnya.

“Sejam selepas ‘shift’ saya bermula, saya merasakan muka saya seperti terbakar. Disebabkan peraturan yang telah ditetapkan, saya tidak boleh membuka pelitup muka tersebut dan terpaksa bertahan sepanjang waktu bekerja,” katanya.

Pengurus hospital tersebut menafikan penggunaan peluntur untuk mensanitasi pelitup muka tersbeut.

Pun begitu, penguatkuasaan undang-undang mengesahkan sebaliknya dan mendapati banyak kesalahan setelah memeriksa kemudahan perubatan.

“Pegawai kesihatan di wilayah dan pentadbiran hospital gagal mendapatkan pelitup muka dan pakaian hazmat dengan secukupnya untuk kakitangan hospital,” kata kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat pendakwa tempatan.

Sumber Mirror Uk

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa