Siakap Keli
Gambar: Sunny Han

Nak Beri Kejutan Hari Ibu Dengan Menu Istimewa, Wanita Kecewa Pesan Ketam Sampai RM700 Tapi Bau Busuk

Hajat sebuah keluarga untuk menyambut Hari Ibu bertukar tragis apabila hidangan ketam yang diperoleh tidak seperti yang dibayangkan. Kejadian itu dikatakan berlaku di Singapura.

Melalui perkongsian oleh Sunny Han di Facebook, dia dikatakan telah membuat tempahan lebih awal di sebuah restoran makanan laut di Singapura iaitu pada 2 Mei untuk diraikan pada keesokan harinya. Terdapat 3 hidangan ketam (2 black pepper, 1 golden creamy) yang ditempah. Kesemuanya dalam harga lebih kurang $240 (RM732).

Gambar: Sunny Han
Gambar: Sunny Han

Walaupun hidangan tersebut hadir pada hari yang diinginkan, namun ianya agak lewat daripada masa yang telah ditetapkan. Iaitu pada pukul 5.30 pm sedangkan hidangan tersebut sepatutnya hadir dalam pukul 4.30 pm.

Menurut artikel Stomp, Sunny tidak anggap ianya sebagai satu masalah serius kerana memahami bahawa ianya hari minggu dan mungkin ada banyak tempahan.

Setibanya hidangan-hidangan ketam tersebut, kesemuanya mempunyai bau yang tidak enak.

Gambar: Sunny Han

“Saya tidak dapat mengatakan dengan pasti bahawa ketam itu tidak segar, tetapi mereka mempunyai bau yang busuk,” kata Sunny.

Saya  mencuba hidangan yang dikatakan sebagai ketam black pepper terbaik di Singapura, saya tertanya-tanya adakah ianya paling terbaik atau paling teruk. Malah isi ketamnya juga berwarna hitam,” tambah Sunny.

Gambar: Sunny Han

Meluahkan kekecewaannya, Sunny mengatakan bahawa dia hanya ingin mendapatkan hidangan ketam untuk dinikmati oleh ibunya, tetapi tidak menyangka sambutan Hari Ibu yang mereka sambut akan menjadi seperti ini.

Melalui perkongsiannya di Facebook itu, dia mengingatkan semua orang untuk memperhatikan kualiti makanan yang mereka pesan agar tidak berlaku kejadian sepertimana yang dia lalui.

Sumber: Sunny Han, Stomp

Adib Mohd

Nur Farra