Siakap Keli

TERKINI: 37 Kes Baharu Termasuk 33 Kes Tempatan Dengan Dua Kematian Hari Ini

Sebanyak 37 kes positif jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di negara ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan 6,779 kes setakat Rabu (13 Mei 2020), jam 12 tengahari.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, oleh itu jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1, 387 kes.

Daripada 37 kes baharu, 4 kes merupakan kes import manakala 33 kes lagi merupakan kes penularan tempatan.

Sehingga kini, seramai 16 kes positif jangkitan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 4 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Manakala dukacita dimaklumkan, terdapat pertambahan dua kes kematian baharu dalam tempoh 24 jam sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang maut seramai 111 orang.

Sumber: Sidang Media KKM

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.