Siakap Keli
Kredit: Robbery Fail

(Video) Guna Teknik Bijak, Pejalan Kaki Berjaya Larikan Diri Dari Dikejar Kereta Mencurigakan

Benarlah kata orang, kecerdasan akal boleh menewaskan kekuatan fizikal. Dalam salah satu video dikongsikan Robbery Fail, seorang pejalan kaki dihampiri oleh sebuah kereta yang mencurigakan.

Sebaik sahaja dihampiri, pejalan kaki itu bertindak melarikan diri ke arah yang bertentangan, membuatkan pemandu kereta turut mengundurkan kenderaannya dengan laju.

Tidak terhenti di situ, pejalan kaki berpatah balik dan berlari ke hadapan sambil melintas jalan ke laluan bertentangan. Tindakannya membuatkan pemandu yang sudah terlajak ke belakang terus memecut laju ke hadapan untuk mengejarnya.

Namun usahanya tidak berhasil apabila si pejalan kaki lari ke belakang semula dan menjauhi lokasi terbabit sementara kereta itu sudah terlajak ke hadapan.

Adegan selama beberapa saat itu telah terakam kamera litar tertutup di lokasi berkenaan.

Tindakan pejalan kaki itu mendapat pujian orang ramai yang menyifatkannya sebagai teknik yang bijak.

Bertindak bijak, jangan tunggu bantuan

Lari dengan bijak

Rupanya manusia lebih pandai mengawal teknik berbanding mesin

 

Tetap tenang walau dalam bahaya

 

Sumber: Robbery Fail

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.