Siakap Keli

2,150 Individu Di Jalan Othman, Petaling Jaya, Jalani Saringan Wabak COVID-19.

KUALA LUMPUR, 14 Mei  — Seramai 2,150 individu di sekitar kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Jalan Othman, Petaling Jaya, dekat sini telah menjalani saringan wabak COVID-19.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata daripada jumlah itu, 1,555 individu adalah rakyat tempatan dan 595 rakyat asing.

“Operasi ‘kesan dan saring’ dengan dibantu Kementerian Kesihatan (KKM),  Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) juga dilaksanakan bermula semalam bagi mengesan individu yang tidak memberi respons ketika dikunjungi oleh petugas KKM,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nik Ezanee berkata kesemua premis dari Zon A, B dan C telah diperiksa.

Kawasan berkenaan diletakkan di bawah PKPD sejak Ahad lepas sehingga 23 Mei.

Sumber: BERNAMA

Nor Azilah