Siakap Keli

Ayah Khabib Dilaporkan Koma & Kritikal, Alami Komplikasi Radang Paru-Paru

Bapa kepada peninju terkenal Russia, Khabib Nurmagomedov dilaporkan sedang kritikal dan koma selepas mengalami komplikasi radang paru-paru (pneumonia).

Abdulmanap, 57, yang juga jurulatih Ultimate Fighting Championship (UFC) kini dirawat di hospital tentera Moscow, Russia selepas diterbangkan dari Dagestan ke sana menaiki pesawat khas.

Memetik laporan The Sun, berita itu disahkan oleh sumber menerusi Sport Express.

“Abdulmanap sedang dalam keadaan lemah, dia kini di Moscow dan koma.

“Dia tidak diberikan rawatan sebaiknya di Dagestan, dan timbul beberapa komplikasi.

“Mereka menerbangkannya ke Moscow, ke sebuah hospital tentera.

“Dia kini dirawat di sana dan semua ahli keluarga tidak dibenarkan untuk menziarahinya,” jelas sumber tersebut.

Malah rakan tinjunya, Islam Makhachev turut mengesahkan berita tersebut.

Khabib Nurmagomedov bersama ayahnya, Abdulmanap Nurmagomedov. Gambar: Agensi

Sementara itu, Presiden UFC, Dana White berkata dalam satu kenyataan, Abdulmanap Nurmagodemov adalah peninju sejati yang hidup dalam kebanggaan dan penghormatan.

“Dia mewariskan beberapa nilai dalam dirinya kepada anaknya; juara dunia si Khabib pada awal usia dahulu dan kini sering berada di puncak dalam kariernya.

“Saya mengenal rapat Khabib dan ayahnya dan saya berasa sedih apabila mendengar berita ini,” katanya.

Mengimbas kembali, Abdulmanap adalah watak penting dalam perjalanan karier Khabib sebagai seorang peninju di mana dia mula diajar tentang pertahanan diri seawal usia lapan tahun lagi.

Figura itu juga turut mula mengasah diri dalam dunia tinju pada usia mudanya, sebelum mempelajari seni judo dan sambo ketika menyertai tentera.

Sebagai bekas atlit dan veteran yang pernah menganggotai ketenteraan, Abdulmanap mewariskan ilmunya itu kepada anak-anaknya.

Sumber: The Sun, Wikipedia

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.