Siakap Keli
Foto: Tok Serama

Lelaki Ini Ajak Berkenalan Dengan Tunas Air Pokok Cili Yang Mungkin Ramai Tak Tahu

Musim Perintah Kawalan Pergerakan ni pasti ramai yang mempunyai masa lapang yang banyak dan wujud aktiviti dan hobi baru dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Antaranya, aktivit bercucuk tanam di sekitar kawasan rumah. Ye lah, sebelum ni sibuk dengan kerja, musim PKP ini banyak masa yang terluang.

Jadi, tanaman yang mudah tumbuh adalah pokok cili. Namun, ada beberapa perkara untuk anda perlu tahu iaitu berkaitan tunas air. Menurut pengguna Facebook Tok Serama ini, tunas air perlu dibuang kerana ianya bukan cabang pertama untuk pokok tersebut.

Salam, Kali ini kita nak berkenalan dengan tunas air pada pokok cili.

 Pertama, apakah tunas air?

Tunas air adalah tunas yang tumbuh selepas pokok cili pecah cabang. Tunas air akan tumbuh pada batang pokok cili atau lebih tepat lagi sebelum cabang pertama pokok cili.

1. Bila masa nak buang tunas air?

Tunas air selalunya dibuang selepas pokok cili pecah cabang. Lebih tepat lagi apabila pokok cili berusia 2 – 3 minggu. Pada usia ini tunas air akan tumbuh dengan rancaknya pada batang pokok cili.

2. Apakah kesan tunas air pada pertumbuhan dan hasil tanaman cili?

Tunas air tumbuh dengan cepat dan banyak. Pertumbuhan tunas yang rancak dengan bilangan yang banyak memakan banyak baja. Justeru itu secara fisiologinya, banyak nutrien pada baja akan digunakan oleh tunas – tunas air ini, berbanding kepada pertumbuhan cabang utama cili dan juga pertumbuhan buah (konsep sink and source). Kesannya, pokok cili akan menjadi rendah bukan saiz sebenar dan bilangan dan saiz buah berkurangan.

3. Bolehkah kita menyimpan buah cili pada tunas air?

Tidak boleh. Ini kerana saiz buah pada tunas air adalah kecil dan bentuk buah selalunya abnormal.

4. Sesetengah pengusaha fertigasi turut membuang tunas air dan daun bawah selepas cabang pertama. Adakah kaedah ini betul?

Berbalik kepada prinsip sink and source, Daun merupakan tempat fotosintesis, iaitu proses menghasilkan makanan pada pokok. Pada peringkat awal, adalah digalakkan menyimpan daun tua bagi membantu proses pertumbuhan pokok cili. Selalunya, daun tua dibuang selepas penghasilan buah peringkat ke 3-4.

5. Adakah kaedah pembuangan tunas cili besar/merah sama dengan cili padi?

Tidak. Tunas air dibuang kesemua sekali pada pokok cili besar/merah, manakala pada cili padi, tunas air disimpan 4-5 batang. Ini kerana tunas air pada pokok cili padi dapat menyumbang kepada penghasilan buah cili padi.

 

Sumber: Tok Serama

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang