Siakap Keli
kebenaran suami isteri rentas negeri
Gambar: Bernama

(Video) Suami Isteri Terpisah Dibenar Rentas Negeri Untuk Bertemu Seminggu Sekali, Tetapi Mesti Dengan Kebenaran Polis

Putrajaya, 14 Mei- Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya bersetuju membenarkan suami isteri terpisah untuk berjalan merentas negeri, namun ia perlulah dengan kebenaran pihak polis.

“Oleh kerana tiada rentas negeri dibenarkan, maka ada suami isteri terpisah,” katanya mengulas lanjut kebenaran rentas negeri diumumkan YAB Perdana Menteri minggu lalu.

“Kita bersetuju mereka suami atau isteri hari minggu untuk balik berjumpa pasangan, dibenarkan seminggu sekali untuk mengunjungi suami isteri dan keluarga mereka, anak-anak dan sebagainya.

“Tetapi, mesti melaporkan kepada pihak polis untuk mendapatkan kebenaran,” katanya dalam sidang media sebentar tadi.

Sumber: Bernama TV

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.