Sebuah kafe di Jerman telah membuatkan para pelanggannya memakai topi ‘swimming noodle’ bagi memastikan mereka mematuhi peraturan penjarakan sosial ketika menikmati makanan di kafe tersebut.
Cafe & Konditorei Rothe yang terletak di Schwerin, German itu menggunakan dua alatan renang yang digelar sebagai swimming noddle dan diikat di atas satu topi jerami.
Gambar suasana kafe tersebut turut dikongsi di akaun rasmi milik Cafe & Konditorei Rothe di Facebook.

“Di waktu yang sukar ini, ianya sangat menyenangkan untuk membuat orang lain turut tersenyum,” kata pemilik kafe, Jacqueline Rothe.
Jerman mula mengurangkan perintah berkurung secara beransur-ansur sejak akhir bulan April yang lalu. Kebanyakan kedai dibenarkan untuk beroperasi semula dengan penjarakan sosial masih perlu dipatuhi. Pemakaian topeng muka juga sangat digalakkan oleh kerajaan Jerman.
Heute mal so ,, Abstandsnachvermessung“
Posted by Cafe & Konditorei Rothe on Saturday, 9 May 2020
Sumber: New York Post, Cafe & Konditorei Rothe