Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

UNITED KINGDOM -- United Kingdom (UK), Perancis, Jerman dan Itali menyatakan kesediaan untuk menarik balik sekatan yang dikenakan ke atas Iran, lapor AFP.
Menerusi satu kenyataan bersama, pendekatan itu dilihat sebagai menyambut baik perjanjian yang dicapai antara Washington dan Tehran untuk menamatkan perang di Timur Tengah.
"Kami bersedia untuk menarik balik sekatan yang relevan sebagai tindak balas kepada langkah yang jelas dan boleh disahkan oleh Iran ke atas program nuklearnya.
"Kami akan bekerjasama secara intensif dengan AS, Iran dan rakan kongsi wilayah untuk merebut peluang ini, mengekalkan momentum dan mencapai penyelesaian diplomatik jangka panjang.
"Iran tidak bersandarkan sekali-kali boleh memiliki senjata nuklear. Kami bersedia untuk bekerjasama dengan AS, Iran dan IAEA (Agensi Tenaga Atom Antarabangsa) demi mencapai matlamat ini," menurut kenyataan bersama itu