Siakap Keli
Kredit: The Moscow Times

Salah Seorang Suspek Tembak Jatuh MH17 Ditahan Di Ukraine

Salah seorang suspek utama menembak jatuh MH17 pada enam tahun lalu ditahan atas tuduhan berbeza di Timur Ukraine ketika perbicaraan bermula pada Mac lalu, lapor BBC Rusia semalam.

Leonid Kharchenko, 47 merupakan satu-satunya warga Ukraine antara empat suspek utama di sebalik tragedi yang membunuh kesemua 298 penumpang pesawat malang MH17 itu.

Suspek yang merupakan seorang bekas komander ditahan berhampiran rumahnya pada 11 Mac lalu atas tuduhan memiliki senjata api secara haram.

Selain Kharchenko, tiga suspek lain warganegara Rusia bakal dibicarakan tanpa kehadiran mereka di hadapan hakim.

Pihak berkuasa Ukraine yang terlibat dengan peperangan bersama puak pemisah Rusia selama enam tahun telah mendakwa Karchenko pada 2015 atas tuduhan menubuhkan kumpulan pengganas.

Tahun lalu, pihak keselamatan Ukraine dilaporkan menculik seorang saksi utama MH17 dan menyerahkannya kepada pihak berkuasa Russia sebagai pertukaran dengan seorang banduan berprofil tinggi antara negara itu.

Rusia menafikan terkait dengan sebarang tuduhan menembak jatuh MH17.

Sumber: The Moscow Times

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.