Siakap Keli

TERKINI: Tiada Kelonggaran Setakat Ini Untuk Orang Bujang Rentas Negeri Jumpa Keluarga- Menteri

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang medianya sebentar tadi memaklumkan bahawa kerajaan masih tidak membenarkan orang bujang untuk merentas negeri bagi bertemu dengan keluarga terutama ketika musim perayaan setakat ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan yang bertanya mengenai sama ada kebenaran yang diberikan kepada pasangan suami isteri yang terpisah untuk merentas negeri bagi bertemu turut diberikan kepada golongan bujang.

”Kita benarkan untuk keluarga yang terpisah (suami, isteri dan anak-anak) atas dasar kemanusiaan. Kita faham, anak yang dah hampir 2 bulan tak bertemu dengan ibu atau bapa mereka akibat daripada peraturan kita yang tidak membenarkan rentas negeri itu.

”Jadi, rentas negeri ini tetap diteruskan. Selagi tiada pengecualian untuk sesiapa, maka semua orang tertakluk kepada peraturan yang tidak membenarkan rentas negeri, termasuk orang bujang.

”Saya tahu, ramai orang bujang rindu dekat mak. Sabar dulu, In sha Allah, kalau sampai masanya jika ada kelonggaran, kita longgarkan.

”Tapi setakat hari ini, tiada kelonggaran lagi. Mereka mesti patuh dengan peraturan yang sedang dilaksanakan hari ini,” katanya.

Sumber: RTM

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.