Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Air Mula Naik Di Puncak Alam Susulan Hujan Lebat, Orang Awam Kongsi Keadaan Terkini

Air mula naik di Puncak Alam
Kredit: Threads @joohnlabu

Hujan lebat yang melanda Puncak Alam hari ini menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air, malah keadaan itu turut menjejaskan laluan jalan raya.

Menerusi beberapa video yang dikongsikan orang awam di Threads, keadaan banjir dilihat berlaku di beberapa lokasi termasuk kawasan yang dipercayai sebelum ini tidak pernah mengalami banjir.

Air mula naik di Puncak Alam

Menerusi perkongsian @joohnlabu di Threads, dia memaklumkan keadaan di Puncak Alam yang dilanda hujan lebat sehingga menyebabkan banjir teruk.

Kredit: Threads @joohnlabu

Sementara itu, tinjauan SK di media sosial turut mendapati beberapa kawasan lain di daerah Puncak Alam dilanda hujan lebat dan banjir.

Menerusi perkongsian @si_nurainn di Threads, dia memaklumkan banyak kawasan di Puncak Alam tidak boleh dilalui susulan banjir teruk yang melanda hari ini.

Menurutnya, keadaan banjir yang berlaku menyebabkan beberapa laluan terjejas dan menyukarkan orang ramai untuk bergerak.

Kredit: Threads @si_nurainn

Selain itu, pengguna Threads @dayangd_na turut berkongsi situasi di kawasan berkenaan yang disifatkannya luar biasa.

Menurutnya, kawasan tersebut sebelum ini tidak pernah mengalami banjir, namun air mula naik selepas hujan lebat yang berlarutan lebih sejam.

“Tak pernah-pernah banjir, baru hujan lebat sejam lebih je terus naik air. Nervous lah kejap sebab risau kereta kat luar. Orang Puncak Alam yang lain okay tak tu?” soalnya.

Kredit: Threads @dayangd_na

Intipati
  • Hujan lebat di Puncak Alam menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air hari ini.
  • Orang awam berkongsi video banjir dan keadaan laluan terjejas menerusi Threads.
  • Beberapa kawasan dipercayai sebelum ini tidak pernah mengalami banjir turut dinaiki air.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan