Siakap Keli

Muka Naik Jerawat Ketika Jatuh Cinta?, Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu

Jatuh cinta boleh dikatakan sebagai perkara biasa bagi anak muda tidak kira lelaki atau perempuan. Perkara ini melibatkan hati dan perasaan yang kita sendiri merasainya. Namun, apa kaitan jatuh cinta dengan jerawat?. Orang mengatakan bahawa itu adalah satu mitos dan ‘mindset’ kita sahaja. Betul ke?

Benarkah jatuh cinta jadi punca jerawat?

Selain daripada perasaan yang bercampur-baur, tubuh juga mengalami banyak perubahan ketika kita sedang jatuh cinta. Salah satunya adalah perubahan hormon.

Berdasarkan kajian dalam jurnal Psychoneuroendocrinology, kadar hormon kortisol dalam tubuh individu yang baru sahaja jatuh cinta cenderung untuk berada pada tahap yang lebih tinggi berbanding mereka yang tidak bercinta.

Apakah hormon kortisol? Kortisol ialah hormon yang bertanggungjawab menyebabkan reaksi stres pada seseorang individu.

Jika terdapat peningkatan hormon kortisol, maka ia adalah petunjuk bahawa tubuh badan anda sedang berada dalam keadaan stres yang tidak anda sedari.

Stres pula merupakan salah satu punca jerawat kerana kadar hormon kortisol yang tinggi dalam tubuh badan dapat memicu keradangan pada kulit.

Walau bagaimanapun, stres yang dialami semasa anda sedang jatuh cinta tidak akan berlaku dalam tempoh yang lama.

Stres ini mungkin bersifat ringan dan berlaku dalam tempoh yang singkat, tidak akan menyebabkan keradangan pada kulit.

Antara punca yang menyebabkan anda stres ketika jatuh cinta adalah seperti menunggu pasangan anda membalas chat anda.

Namun ia tidak berlangsung dalam keadaan yang lama kerana perasaan stres itu digantikan dengan perasaan yang gembira ketika mana anda melihat nama pasangan anda muncul dalam notifikasi telefon anda.

Rasa bahagia dalam tubuh manusia pula datang daripada pengeluaran hormon dopamin yang menyebabkan perasaan itu muncul.

Ketika tubuh badan anda dipenuhi dengan hormon dopamin, tubuh tidak lagi melepaskan hormon stres yang boleh menyebabkan keradangan.

Oleh sebab itu, jatuh cinta kebiasaannya tidak menjadi salah satu punca jerawat.

Ini kerana tubuh badan anda sedang sibuk menghasilkan hormon dopamin atau hormon bahagia selagi mana anda sedang gembira bersama pasangan anda.

Punca jerawat yang paling kerap berlaku

punca jerawat

Selepas ini, anda tidak lagi perlu percaya jika ada yang mengatakan bahawa jatuh cinta jadi punca jerawat.

Walau bagaimanapun, fenomena ini seringkali ditemui berlaku dalam kalangan remaja. Mengapakah ia terjadi?

Sebenarnya, bukan jatuh cinta yang menjadi punca jerawat dalam kalangan remaja. Ia adalah disebabkan oleh perubahan hormon dalam tubuh yang dialami oleh remaja sewaktu zaman akil baligh mereka.

Akil baligh adalah fasa di mana perubahan hormon sedang berada dalam keadaan yang sangat tidak stabil untuk menyediakan mereka menjadi seorang dewasa.

Pada waktu ini, jerawat sememangnya akan tumbuh dengan subur tanpa mengira anda sedang jatuh cinta atau tidak.

Selain daripada akil baligh, terdapat juga beberapa perkara lain yang boleh menjadi punca jerawat. Antaranya ialah:

Liang-liang yang tersumbat

Liang kulit yang tersumbat menjadi penyebab utama kepada kemunculan jerawat. Liang kulit menjadi tersumbat apabila kelenjar minyak menghasilkan terlalu banyak sebum atau minyak semula jadi di dalam liang.

Akibatnya, sel-sel kulit yang baharu akan terus tumbuh. Namun, sel kulit mati pula tidak gugur dan cenderung untuk terus melekat.

Sel kulit mati yang masih melekat inilah yang kemudiannya menyebabkan penyumbatan sekali gus membuatkan jerawat muncul.

Jangkitan bakteria

punca jerawat

Ketika minyak dan sel kulit yang telah mati menutupi liang-liang kulit, bakteria penyebab jerawat seperti Propionibacterium acnes (P. acnes) akan berkembang biak dengan subur.

Bakteria ini bukanlah sejenis bakteria yang berbahaya, tetapi ia boleh berkembang dengan lebih cepat dan menyebabkan pelbagai masalah pada kulit.

Ia akan memakan sebum lalu memicu respons imun yang menyebabkan keradangan yang berbentuk jerawat.

Faktor-faktor lain punca jerawat

Selain daripada faktor-faktor utama yang disenaraikan di atas, terdapat juga beberapa faktor lain yang meningkatkan risiko seseorang untuk mendapat jerawat.

Antaranya ialah:

Jatuh cinta tidak termasuk dalam senarai berikut. Oleh itu, janganlah terlalu risau atau percaya dengan mitos bahawa jatuh cinta boleh jadi punca jerawat.

Sumber: Hellodoktor.com

Nurul Najiha

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa