Siakap Keli
Gambar: Bernama

Sebanyak 1248 Kenderaan Cuba Rentas Negeri Diarah Berpatah Balik – Ismail Sabri

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melaporkan bahawa sebanyak 1,248 kenderaan telah dikenal pasti cuba merentas negeri untuk balik ke kampung.

Menerusi sidang media perkembangan terkini PKPB, beliau menyatakan bahawa kenderaan-kenderaan ini telah diarahkan berpatah balik oleh pihak Polis Diraja Malaysia selepas didapati cuba curi-curi pulang ke kampung.

“Untuk semalam sahaja, sebanyak 1,248 kenderaan yang cuba merentas negeri untuk balik ke kampung telah diarahkan berpatah balik. Mak

“Maknanya, lebih dari sekali ganda rakyat yang cuba curi-curi pulang ke kampung dengan berbagai-bagai alasan”, ujarnya.

Beliau juga turut mengingatkan kepada orang ramai agar tidak perlu untuk balik ke kampung sekiranya tiada urusan penting bagi mengelakkan dikenakan tindakan kompaun daripada pihak polis.

“Tak perlulah cuba untuk balik ke kampung setelah bersiap sedia daripada lepas sahur nak balik kampung bawa anak isteri dan sebagainya, sampai ke sekatan jalan raya berpatah balik.

“Alhamdulillah pihak polis masih lagi arahkan berpatah balik. Katakan tiba-tiba pihak polis mengenakan kompaun RM 1,000, jadi yang rugi adalah kita.

“Jadi saya harap tak perlulah tuan-tuan dan puan-puan cuba untuk balik ke kampung terutamanya yang merentas negeri ini”, ujarnya.

Sumber: Bernama

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa