Siakap Keli

(Video) Laungan Azan Dari Malaysia Dan 5 Lagi Negara Buat ‘Youtuber’ Ini ‘Tersentuh’

Seorang ‘Youtuber’ yang berasal daripada Scotland ini terpesona apabila dia mendengar laungan-laungan azan yang dilaungkan daripada wakil dari beberapa buah negara.

Antara laungan azan yang didengarinya itu datang daripada muadzin negara-negara seperti Indonesia, India, Turki, Malaysia, Arab Saudi dan Pakistan.

Menerusi laman Youtube Mat Salleh TV, ‘youtuber’ tersebut memberikan pelbagai reaksi terhadap azan-azan yang dilaungkan.

Seperti laungan azan dari negara-negara lain, laungan azan yang dikumandangkan oleh Ustaz Fahmi Asyraf dari Malaysia juga telah membuatkannya kelihatan begitu menghayati dan tersentuh.

“Itu tadi Malaysia. Cara dia mengucapkan kata-kata itu sangat memberi kesan dan mengagumkan,” ujarnya.

Ianya dapat dilihat apabila dia menutup matanya ketika Ustaz Fahmi Asyraf itu melaungkan azan dengan menggunakan taranum Bayati.

Katanya lagi, walaupun mereka-mereka ini datang daripada negara yang berlainan serta cara alunannya yang berbeza-beza, namun perkataan di dalam azan itu sangat indah dan telah banyak memberi harapan serta kebahagiaan kepada ramai orang.

Sumber: YouTube Mat Salleh TV

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa