Siakap Keli

Doktor Saran Ibu Bapa Atur Jadual Tidur Anak, Kurang 30 Minit Boleh Beri Kesan Besar

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Menurut portal MyHealth, bayi akan lebih tidur pada waktu siang dan malam hari, dia hanya akan terjaga apabila tiba waktu makan.

Bayi yang baru lahir tidak dapat membezakan siang atau malam dan boleh tidur dalam purata 16 jam sehari, 2 hingga 4 jam terus-menerus di antara waktu makan.

Doktor Ahmad Luqman Bukhari berkongsi panduan waktu tidur menurut American Academy of Sleep Medicine yang sepatutnya bagi kanak-kanak.

Menurutnya, ibu bapa jangan mengambil sikap sambil lewa dalam waktu tidur anak-anak.  Kekurangan waktu tidur boleh menyebabkan tumbesaran mereka terganggu.

Bahayanya kalau tak jaga sungguh-sungguh waktu tidur anak kita.

Mengucap panjang saya bila jumpa mak ayah yang mengeluh anak tak pandai, selalu tak boleh fokus masa belajar. Sampaikan cikgu pun duk mengadu yang pelajaran anak tak ada kemajuan.

Padahal budak-budak tu tak dapat fokus sampai kita duk kata dia tak pandai belajar boleh jadi sebab kita terlalai nak jaga waktu tidur dia je.

American Academy of Paediatric dah warning lama pasal benda ni.

Anak kita bila tak cukup tidur bukan je bermasalah dari segi nak beri tumpuan dan concentrate masa belajar. Tapi mereka jugak berisiko tinggi untuk dapat penyakit darah tinggi, obesity, kerap sakit kepala dan depression!

Ni saya kongsikan guideline untuk jumlah waktu tidur kanak-kanak seperti yang American Academy of Sleep Medicine beritahu:

Bayi 4 bulan sehingga usia 12 bulan kena dapat waktu tidur 12 – 16 jam termasuk tidur siang.

Anak kecil usia 1 hingga 2 tahun kena tidur 11 – 14 jam termasuk tidur siang.

Anak berusia 3 hingga 5 tahun kena tidur 10 – 13 jam termasuk tidur siang.

Kanak-kanak berusia 6 – 12 tahun kena tidur 9 – 12 jam.

Tolong jangan pandang lekeh bab waktu tidur anak ni ye. Kekurangan jam tidur walaupun setakat 30 – 60 minit pun boleh akibatkan kesan besar pada perkembangan anak kita.

Pastikan mak ayah semua #share ilmu penting ni dengan pasangan masing-masing ye.

Kita bukan je nak anak kita dapat perform lebih baik dalam pelajaran, tapi kita jugak nak elakkan anak kita kerap keluar masuk hospital.

Anak yang dapat tidur cukup ni insyaAllah susah nak jatuh sakit sebab tidur yang cukup ni dapat bantu sistem imun pertahanan badan mereka jadi lebih kuat.

Dr Ahmad Luqman Bukhari.

Mana yang dah follow FB saya ni make sure set ‘See First’ sekali ye. Ada banyak lagi ilmu parenting mahal yang saya nak share.

#notaDrALB

Sumber: Dr Ahmad Luqman Bukhari

Aina

Betulkan Yang Biasa , Biasakan Yang Betul

Nur Farra