Siakap Keli
covid-19 pakaian
Kredit: Google

Positif COVID-19 Dipercayai Selepas Sentuh Baju Tercemar, Pekerja Dobi Dilapor Jangkiti 13 Yang Lain

Seorang petugas kedai dobi di China dipercayai dijangkiti COVID-19 melalui pakaian yang tercemar dengan virus itu.

Menurut Mirror UK, seorang ahli epidemiologi dari China, Wu Zunyou berkata, Badan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit negara itu sedang meneliti kes pekerja tersebut yang berlaku di bandar Shulan di Timur Laut China.

Wanita berusia 45 tahun itu dilaporkan mempunyai kontak rapat dengan beberapa pengunjung dari Rusia sekitar 8 hingga 30 April.

Wanita itu dipercayai menjangkitkan wabak itu kepada suami, tiga adik-beradik perempuan dan beberapa saudaranya yang lain.

Menurut pakar dari National Health Commission and Chinese Center for Disease Control and Prevention pula, mereka mendapati sekurang-kurangnya satu kluster dengan 13 orang pesakit dijangkiti wanita berkenaan.

Biarpun belum jelas sejauh mana COVID-19 boleh tersebar melalui pakaian, pakar menasihatkan orang ramai agar tetap teliti menjaga kebersihan pakaian.

Orang ramai disarankan menggunakan sabun basuhan yang mengandungi peluntur untuk mematikan kuman serta merendam pakaian dalam air bersuhu 60 hingga 90°C (140–194°F).

Pun begitu, teknik basuhan itu haruslah dilakukan setelah mempertimbangkan tatacara penjagaan pakaian terlibat.

Sumber: Mirror UK, Medical News Today, WHO

Amira

Love yourself.