Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah melaporkan sebanyak 31 kes sembuh jangkitan COVID-19 baharu direkodkan setakat hari ini.
“Angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh setakat ini adalah sebanyak 5,646 kes.
“Ia bersamaan dengan 80.9 peratus daripada keseluruhan kes,” katanya dalam satu sidang media secara langsung, hari ini.
Sidang Media: Perkembangan COVID-19 Di Malaysia
Sidang media oleh YBhg. Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkenaan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia
Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Tuesday, 19 May 2020
Sumber: KKM