Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Ramalan Cuaca Signifikan Hingga 31 Januari - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) sebentar tadi berkongsi ramalan cuaca signifikan yang dijangka berlaku di Malaysia sehingga 31 Januari 2026 (Sabtu).
Menurut METMalaysia, analisis terhadap model-model ramalan cuaca menunjukkan cuaca panas dan keadaan kurang hujan dijangka berterusan di kebanyakan kawasan di Semenanjung Malaysia, khususnya di bahagian utara.
Sementara itu, penumpuan angin dijangka berlaku di Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak bermula 29 hingga 31 Januari 2026.
"Keadaan ini berpotensi membawa ribut petir berserta hujan lebat dalam jangka masa yang lebih panjang di kawasan berkenaan dalam tempoh tersebut," jelas Ketua Pengarah METMalaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.