Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Cara Mudah Buat Lantai Rumah Berkilat, Rumah Pun Jadi Wangi

Lantai Rumah Berkilat Wangi
Gambar: Threads @nrlafeefaa

Cara Mudah Buat Lantai Rumah Berkilat, Rumah Pun Jadi Wangi

Tak dinafikan, rumah 'automatik' nampak cantik dengan dinding baru, perabot baru dan susun atur yang kemas.

Tapi bagi kaum wanita khususnya ibu-ibu, lantai yang kusam, berdebu atau nampak kelabu boleh terus 'merosakkan' mood, kan?

Benda ni biasanya jadi lebih teruk lagi-lagi lepas renovasi rumah. Debu halus simen, sisa cat dan kotoran dari kerja pembinaan memang susah nak hilang walaupun lantai sudah dilap berkali-kali.

Itulah juga yang dilalui oleh seorang wanita yang baru-baru ini tarik perhatian ramai di Threads.

Dalam perkongsiannya, dia berkongsi tip yang cukup ringkas tapi berkesan untuk buat lantai rumah kembali berkilat, bersih dan pada masa sama buat seluruh rumah bau wangi.

"Nak dekat sepuluh kali (mop) tetap kelabu & berdebu..."

Menurut wanita ini, dia mengakui sangat kecewa melihat keadaan lantai rumah selepas siap renovasi.

Setiap kali mop, lantai nampak bersih sekejap sahaja. Lepas kering, kusam balik. Debu halus dari kerja renovasi memang degil dan susah nak hilang, walaupun guna pencuci lantai biasa.

Namun, segalanya berubah selepas dia mencuba tip yang dikongsikan pengguna lain.

Cuba tip 'mak-mak Threads', terus shining

Menurutnya, rahsia sebenar bukan sekadar mop sekali, tapi bilas lantai beberapa kali menggunakan ramuan berbeza.

Katanya, selepas mencuba teknik ini, lantai rumahnya terus berubah. Bukan saja berkilat, malah rumah jadi wangi semerbak.

Wanita ini turut berkongsi secara terperinci tiga campuran yang digunakan secara berperingkat:

Gambar: Threads @nrlafeefaa

1. Mr Muscle + cuka + air panas + Sunlight

2. Mr Muscle + cuka + air panas + Softlan

3. Softlan + cuka + air panas

Katanya lagi, campuran terakhir itu juga digunakan untuk lap cermin rumah.

"I kan kecewa gila tengok lantai rumah I lepas renovation ni. Nak dekat sepuluh kali tetap kelabu dan berdebu. Tapi lepas I try tip mak-mak Threads ni sumpah menjadi weh. Lepas 3 kali bilas dengan different ramuan memang shining.

Gambar: Threads @nrlafeefaa

"Lepas yang ke-3 tu sumpah rumah wangi gila tau, plus I guna untuk lap cermin pun kemain berkilat. Cubalah!" katanya.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.