Siakap Keli
FOTO: AZHARHERI

(Video) “Afif Jangan Tinggal Along Tau,” Ucapan Hari Lahir Afif ‘Anak Istimewa’ Jadi Trending Di Twitter

Dugaan setiap orang lain-lain ikut kemampuan hambaNya. Ada yang ditakdirkan mempunyai adik, abang atau ahli keluarga lain yang dilahirkan sebagai seorang insan istimewa. Mereka ini memerlukan kasih sayang yang sepenuhnya daripada ahli keluarga yang lain.

Seperti perkongsian seorang lelaki yang agak popular dalam sosial media di mana sering berkongsi video kelakar dan menjaga adiknya yang istimewa membuatkan ramai yang memuji sikapnya yang penyayang.

Kali ini bersempena hari lahir adiknya, dia meluahkan rasa syukur memiliki seorang adik yang sangat istimewa walaupun kehidupannya tidak seprti abang-abang yang lain. Perkongsian di laman Twitternya, Azfarheri mendapat ribuan tanda suka dan ulang kicau dan ada yang sebak dan terharu dengan kasih sayang yang diberikan kepada adiknya itu.

Bahkan, nama Afif kini trending di Twitter.

18/5 – HAPPY BIRTHDAY AFIF !

Semoga Allah sentiasa melindungi Afif dari segala keburukan dan kejahatan didunia ini. Along cuma nak afif happy dekat dunia ni walaupun dunia ni hanyalah sementara.

Mungkin along tak dapat rasa ada geng adik lelaki yang boleh ajak lepak, boleh gaduh, boleh bagi nasihat macam orang lain, tapi along bersyukur dapat adik yang special sangat ni walaupun kadang kadang susah nak jaga Afif tapi along tetap sabar dengan adik syurga along sorang ni sebab along tau setiap yang jadi tu ada hikmah dan ada ujian dia! Sedih bila kena tinggalkan Afif dengan orang lain sementara along belajar haritu, sebab takda siapa jaga Afif dekat rumah, tapi sekarang along selalu ada dengan Afif okay!

I will always make u happy afif, jangan tinggalkan along tau.

Slow slow along akan ajar Afif supaya boleh urus diri sendiri nanti okay insyaAllah lepas ni dah tak payah pakai pampes dah! Allhamdulillah along syukur sangat Afif sekarang makin pandai dan along happy sebab afif happy.

Along tau sepatah haram apa pun kau takkan faham apa yang along cakap ni tapi along sayang afif and along akan jaga afif sampai bila bila sampai la akhir nafas along okay. Thank you sebab selalu pegang tangan along time along sedih, teman along makan malam-malam. Biar lah takda girlfriend pun yang penting afif sentiasa ada dengan along selalu. Nanti along masakkan your favorite maggi goreng basah okay ! I will always make u happy afif, jangan tinggalkan along tau.

Tengok ni dia tak reti tiup lagi tau hahaha dulu dia tak reti sedut jugak tapi allhamdulillah lama lama kan tetiba satu hari tu dia boleh sedut tau, dah la time tu air starbucks, tah tah air mahal je baru kau nak sedut hahahaha but allhamdulillah syukur…

THANKYOU SEMUA YANG WISHHH ! Korang memang sweet sangat, I doakan korang semua sihat dan dimurahkan rezeki and I akan jaga afif baik baik…

Rata-rata netizen sangat terharu dan ada yang sebak apabila menonton video-video yang dikongsinya itu.

 

Sumber: Azfarheri

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang