Siakap Keli

Ini Senarai Pusat Zakat Setiap Negeri Untuk Anda Bayar Zakat Fitrah Online Dan Cara-Cara Pembayaran

Ketika negara sedang dilanda pandemik Covid-19, bayaran zakat fitrah juga mengalami perubahan apabila tiada lagi amil yang ditugaskan seperti tahun-tahun sebelum ini untuk mengutip zakat fitrah ketika bulan Ramadan bagi mengelakkan kontak rapat.

Semua pusat zakat seluruh negara sudah menyediakan platform bayaran zakat secara dalam talian (Online). Ini bagi memudahkan umat Islam membayar zakat fitrah ketika menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan ini.

Berikut adalah pautan (link) bayaran zakat fitrah online untuk setiap negeri di Malaysia.

1. Selangor : fpx.zakatselangor.com.my
2. Wilayah Persekutuan : zakat2u.com.my/payment/fast
3. Kedah : jom.zakatkedah.com.my
4. Perlis : bit.ly/2VMqN5L
5. Penang : bit.ly/2Ko9zqj
6. Kelantan : zakat.e-maik.my/v5/index.php
7. Terengganu : bit.ly/2Vrxvz3
8. Perak : https://ezakat.maiamp.gov.my/v4/
9. Pahang : https://ezakat.muip.gov.my/zakatfitrahv3.3/
10. Negeri Sembilan : https://www.zakatns2u.biz/fitrah/
11. Melaka : https://pay2.izakat.com/online_payment/fitrah
12. Johor : fitrah.maij.gov.my
13. Sarawak : bit.ly/2zmhimp
14. Sabah : https://appszakat.sabah.gov.my/zakatfitrah.php

Bayaran Zakat Fitrah adalah berbeza mengikut jenis beras yang kita makan.

Sebagai contoh, penulis menunjukkan cara-cara pembayaran zakat fitrah untuk negeri Selangor.

1. Pergi ke pautan fpx.zakatselangor.com.my dan anda akan dibawa ke laman seperti tertera dibawah. Kemudian, anda perlu mengisi maklumat bayaran seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan pilih jenis zakat iaitu Zakat Fitrah.

 

2. Untuk Zakat Selangor, anda diberi 3 pilihan kaedah pembayaran iaitu FPX, JomPay dan Touch n’Go eWallet. Pilih salah satu kaedah bayaran.

 

3. Jika anda memilih kaedah melalui FPX, pilih bank anda untuk dibawa terus ke laman bank pilihan masing-masing.

 

4. Sebelum ke laman bank online anda, anda perlu meneliti butiran seperti tertera supaya tiada kesilapan butiran.

 

5. Selepas selesai membuat pembayaran, anda akan ditunjukkan bahawa pembayaran anda telah diterima.

 

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)