Siakap Keli
Gambar: Bernama Radio

Kerajaan Belum Membuat Keputusan Berhubung Kebenaran Menunaikan Haji Tahun Ini – Ismail Sabri

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan bahawa kerajaan masih lagi belum membuat keputusan berhubung kebenaran menunaikan haji untuk tahun ini.

Menurutnya, keputusan untuk menghantar atau tidak jemaah haji Malaysia adalah tertakluk kepada pengumuman yang bakal dibuat oleh kerajaan Arab Saudi.

“Kalau dia (Arab Saudi) kata buka, mungkin selepas itu Menteri Hal Ehwal Agama akan membuat keputusan.

Menteri Hal Ehwal Agama, saya percaya akan menunggu keputusan daripada Arab Saudi dulu. Once dia (Arab Saudi) dah buat keputusan, mungkin Menteri Hal Ehwal Agama akan membuat pengumuman tentang apa yang akan dilakukan Malaysia”, ujarnya.

Sumber: Bernama

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa