Siakap Keli

(Video) Dah Lama Tak Tengok Iklan Raya ‘Feeling’ Air Mata Macam Ni, “Selamat Hari Raya Ibu”

‘Hadirnya’ pandemik sehingga ke hari ini nyata memberi kesan pada semua. Secara emosi mahupun ekonomi.  Tambah-tambah lagi dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), membuatkan Ramadhan dan Aidilfitri kali ini dalam situasi yang berbeza. 

Sayu hati bila mata ni ternampak-nampak ibu ayah dekat kampung sambut raya tanpa anak-anak. Biasanya waktu-waktu macam ni, ibu yang paling sibuk dekat rumah. Tukar sarung kusyen, langsir dan beli barang basah untuk masak juadah raya. 

Nampaknya tahun ni tak dapatlah merasa kuah kacang ibu. Anak-anak kena ‘bergurulah’ dua-tiga hari demi pastikan rasa tu sama betul dengan ibu. 

Ibu pernah cakap, rahsia ibu masak ada satu je. 

“Nak buat kuah kacang ni bukan main-main kena ikhlas. Nak masak apa-apa pun kena ikhas, baru sedap.”

Patutlah kuah kacang ibu takde siapa pun boleh lawan. Betullah orang cakap, air tangan ibu tu ‘magic’. Bila suap je dalam mulut, serta merta terasa kesedapannya. Rahsia ibu? Kena ikhlas. 

Bila masak dengan penuh kasih sayang, dan penuh rasa cinta, orang yang makan pun rasa puas hati. Haih, rindunya kuah kacang ibu. 

Apalah yang ibu tengah buat sekarang ni? 

Selalunya, masa ni dia lah yang paling excited sebab dia tahu semua anak-anak dah tak sabar nak balik. Masing-masing dah update pukul berapa nak gerak, kuih apa dah beli dan macam-macam lagi.  Tengok anak-anak depan mata, riuhkan rumah dan habiskan semua masakan, bagi dia, itulah kebahagiaan.

Tak pernah terfikir pun yang tahun ni semuanya jadi berbeza. Walaupun ibu cakap dia okay je, tapi siapa tahu jauh disudut hati dia pun sedih anak-anak takde disisi. 

“Tok sah risau pasal ibu, korang tu jaga diri baik-baik.

“Kat mana pun kita raya, jauh mana pun kita, yang penting ibu tahu, anak-anak ibu ada dekat sini.”

Anggaplah raya kali ini perjuangan kita dalam menentang virus COVID-19 yang telah meragut banyak nyawa bukan je di negara kita malah seluruh dunia. Ini pengorbanan yang perlu kita buat demi memutuskan rantaiannya dan menyelamatkan ibu ayah kita di kampung. 

Korang yang dah plan nak masak kuah kacang resepi ibu, rendang tok mak ke, gunalah santan, minyak atau garam bukit daripada SAJI. ‘Dengan SAJI pasti menjadi’.

Gambar Kredit: Adiana_ana

Kredit gambar Adiana_ana

Untuk maklumat lanjut atau pembelian variasi produk FGV, korang boleh layari laman web ini dan link Shopee di sini.

Nur Farra