Siakap Keli

Detik Lucu Kucing Bergaduh Ketika “Owner” Tengah Live Bincang Isu Serius

Tular di media sosial video seorang wartawan yang sedang berwawancara secara langsung dan dua kucing perliharaanya yang sedang bergaduh di belakang.

Seorang wartawan di Filipina, Doris Bigornia sedang dalam perbincang yang serius mengenai garis panduan kuarantin COVID-19 bersama presiden sebuah pusat membeli belah.

Namun yang menjadi tumpuan ramai adalah pertarungan hangat dua ekor kucing tersbeut. Doris kelihatan sangat keliru sesama siaran langsung tersebut kerana bunyi bergelut dan mendesis jelas kedengaran.

Kucing itu dimiliki oleh anak perempuannya, Nikki Bigornia telah berkongsi klip video tersebut di laman Twitternya dan telah ditonton sebanyak 2.3 juta tontonan.

Warganet memberi kredit kepada wartawan tersebut kerasa berjaya mengawal ekspresi dan sangat tenang sepanjang pertarungan dua ekor kucing itu. Beliau merupakan seorang wartawan yang sangat berpengalaman untuk rangakaian tv Filipina ABS-CBN.

Sebuah  akaun Twitter Room Rater menilai persekitaran bilik Doris dengan 8/10. Walau bagaimanapun, pertempuran kucing itu dengan markah yang penuh 10/10.

Sumber: asiaone

Nur Syafiqah

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.